PM Lancar Program NBOS dan Gotong Royong 2017

SUNGAI BULOH – Datuk Seri Najib Razak melancarkan Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) – Kejiranan Indah My Beautiful Neighbourhood (MyBN) dan Majlis Gotong Royong 2017 peringkat kebangsaan di tapak pasar tani Saujana Utama di sini sebentar tadi.

Pelancaran dilakukan serentak yang membabitkan 98 Parlimen dengan 49,000 kawasan kejiranan di seluruh negara.

Majlis pelancaran oleh Perdana Menteri itu disiarkan secara lintas langsung menerusi program Selamat Pagi Malaysia (SPM) oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) serta di tiga lagi kawasan iaitu di Tambun, Perak; Sandakan, Sabah dan Sarikei, Sarawak.

Program NBOS MyBN Gotong Royong 2017 adalah petunjuk utama bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.

Program itu antara lain bagi mewujudkan kejiranan yang selamat, bersih dan indah secara mampan selain menanamkan perasaan cintakan persekitaran kejiranan di penduduk setempat.

Turut hadir, Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Mohammad Mantek. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.