Penguin Selebriti Mati 80 Tahun Umur Manusia

TOKYO – Penguin tua yang mencipta kemasyhuran di Jepun selepas jatuh cinta dengan kartun kadbod karektor itu mati pada usia 21 tahun, bersamaan 80 tahun usia manusia.

Menurut AFP, pegawai di zoo Tobu di Saitama, utara Tokyo, berkata Grape mati selepas sakit dengan objek buah hatinya berada di sisi penguin jantan itu, lapor BH.

Awal tahun ini, penguin itu tertarik dengan potongan kadbod Hululu, karektor haiwan itu daripada anime ‘Kemono Friends’, selepas ditinggalkan bekas pasangannya, penguin betina dinamakan Midori.

Grape yang kecewa menemui ketenangan dengan Hululu dan merenung karektor itu selama berjam-jam.

Kisah romantik penguin itu menjadi viral, menjadikan peminat Grape mencecah jutaan orang di seluruh dunia.

AWAL tahun ini, Grape (bawah, kanan) tertarik dengan potongan kadbod Hululu (atas), karektor haiwan itu daripada anime ‘Kemono Friends’, selepas ditinggalkan bekas pasangannya. – Foto AFP

Ramai pengunjung yang berkabung melawat kurungan penguin di zoo Tobu, membawa bunga, sejak berita tragik itu tersiar semalam, manakala pegawai mendirikan kubur sementara untuk haiwan itu hari ini.

“Grape mempunyai isteri bernama Midori yang meninggalkan ia dan menemui suami baru.

“Kami meletakkan panel kadbod di sisinya untuk menenangkan ia sehingga akhir hayatnya,” kata penjaga penguin zoo Tobu, Eri Nemoto. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.