Lelaki Maut Digilis ETS

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an maut akibat dilanggar Tren Elektrik (ETS) di KM375.4 berhampiran Damansara malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, ketika kejadian 11.52 malam itu, tren berkenaan sedang dalam perjalanan dari KL Sentral menuju Batu Gajah, Perak, lapor Kosmo.

Beliau berkata, kapten tren tersebut yang menyedari trennya melanggar sesuatu telah memberhentikan tren berkenaan.

“Kapten berkenaan kemudian menemui seorang lelaki terbaring dengan tempurung kepalanya pecah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa yang dibawa ke Hospial Selayang disahkan meninggal pada 1.45 pagi.

Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.