Isteri Tunku Mahkota Johor Selamat Lahirkan Putera

JOHOR BARU ― Isteri Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che’ Puan Khaleeda Bustamam, hari ini selamat melahirkan seorang putera.

Kelahiran berkenaan diumumkan Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli menerusi satu kenyataan, hari ini, lapor Bernama.

“Jumaah Majlis Diraja Johor sukacita mengumumkan keputeraan seorang waris takhta kerajaan negeri Johor, hari ini,” katanya menerusi kenyataan satu perenggan itu.

Sementara itu, laman rasmi Facebook Johor Darul Ta’zim (JDT), Johor Southern Tigers turut memuat naik catatan merafak syukur kepada Allah SWT dan setinggi-tinggi tahniah kepada Tunku Ismail dan isteri baginda.

Tunku Ismail dan Che’ Puan Khaleeda sebelum ini dikurniakan seorang puteri, Tunku Khalsom Aminah Sofiah pada 25 Jun tahun lepas. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.