Inspektor Bukit Aman Ditahan, Curi Barang Rumah Jiran

KAJANG ― Seorang pegawai kanan polis berpangkat inspektor ditahan ketika memecah masuk rumah jirannya untuk mencuri.

Suspek, 31, difahamkan bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Amam, lapor Kosmo.

Tangkapan suspek ersenjata pisau bersama barangan curi dalam sebuah beg dibuat selepas bergelut dengan anggota polis yang menyiasat aduan orang awam pada jam 5 petang.

Ketua polis daerah Kajang berkata suspek ditahan ketika sedang menuruni tangga tingkat atas rumah milik perunding kewangan yang keluar bekerja.

ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata aduan diterima seorang jiran yang nampak kelibat individu mengumpil pintu sebuah rumah di Jalan Avenue, Bandar Baru Bangi di sini.

“Mangsa turut mengecam barang-barang yang dirampas adalah miliknya,” kata beliau.

Suspek direman empat hari untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana memecah masuk rumah dan mencuri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.