Himpunan Kleptokrasi Tiada Sambutan, Hambar

Himpunan Kleptokrasi yang diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya hambar. Sehingga pukul 6 petang, hanya kira-kira 2,000 orang sahaja yang hadir meskipun pada awalnya diuar-uarkan seramai 100,000 orang akan hadir.

Himpunan yang lebih kepada festival itu yang dipenuhi dengan muzik sambil makan-makan sahaja, dilihat gagal kerana hanya dua peratus sahaja yang hadir daripada jumlah sasaran yang ditetapkan.

Dalam keadaan ini, siapa yang akan dipersalahkan oleh pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila himpunan yang sepatutnya menarik lebih 100,000 itu gagal mendapat sambutan.

Peserta yang datang pun kebanyakan lebih tertumpu di dalam Amcorp Mall serta restoran makanan segera A&W.

Apa yang pasti, jumlah yang hadir itu tersasar jauh. Kegagalan ini merupakan satu petanda buruk kepada Mahathir yang dikaitkan dengan skandal kerugian Bank Negara Malaysia akibat urus niaga mata wang asing (Forex) pada awal 90-an.

Malah kehadiran pengasas parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Mahathir bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mohamad Sabu serta Mohamad Azmin Ali tidak mampu menarik sokongan kaum Melayu ke himpunan itu.

Sepatutnya dalam apa juga keadaan, sepatutnya pilihan raya menjadi penentu tetapi puak-puak ini yakin kononnya himpunan kleptokrasi ini merupakan suara rakyat.

Mereka mahu meraih simpati tetapi gagal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.