Himpunan Kleptokrasi: Elok Ambil Peluang Tanya Mahathir Tentang Kerugian Besar Forex

Hari ini, buat pertama kalinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengadakan himpunan sendiri tanpa `hijack’ himpunan milik orang lain. Jika dulu beliau menyelit dalam himpunan haram Bersih, kali ini Mahathir menganjurkan himpunan Kleptokrasi yang diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya.

Himpunan itu diadakan antara pukul 4 petang hingga 12 tengah malam, dan diadakan oleh pembangkang yang diketuai oleh Mahathir kononnya untuk memaksa Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

Dan bagi menarik perhatian ramai juga, himpunan yang diadakan ini lebih kepada satu festival apabila persembahan tarian singa, pencak silat, tayangan video pendek dan trak menjual makanan diadakan.

Penganjur terpaksa mengadakan semua itu kerana mereka tahu sukar untuk menarik perhatian ramai ke acara himpunan berkenaan.

Pada himpunan ini, Mahathir pasti akan bercakap mengenai 1MDB iaitu satu topik yang sangat disukai beliau. Walaupun dah sah Najib didapati tidak bersalah oleh agensi yang menjalankan siasatan termasuk SPRM dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) namun Mahathir tetap tidak berpuas hati.

Mahathir sebenarnya terlupa, beliau sendiri terpalit dengan kerugian besar Bank Negara Malaysia (BNM) dalam urus niaga matawang asing (Forex).

Sebanyak RM32 bilion dilaporkan hilang tetapi tidak ramai yang mengetahui mengenainya. Kes ini berlaku pada awal 90-an pada zaman pemerintahan Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Kepada penyokong Mahathir, elok la anda bertanya kepada beliau nanti. Mahathir dijadualkan berucap malam nanti, jadi gunakan kesempatan yang ada untuk bertanya isu Forex ini. Jangan asyik cakap mengenai 1MDB sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.