Fahrin Ahmad Syukur, Anak Keluar Hospital

Pelakon Fahrin Ahmad akui lega selepas anak lelaki kesayangannya, Khalifa Fahrel yang dimasukkan ke hospital beberapa hari sudah dibenarkan keluar.
 
Berita itu dikongsi oleh Fahrin dan isterinya, Elena Eleas menerusi entri terbaru mereka di akaun Instagram mereka semalam, lapor Gempak.
 
“’Smile Peeps! Rasa gembira baby KF dah boleh keluar hospital hari ini. Dah sihat sikit lah tu anak ayah,” tulisnya ringkas.
 
Sementara itu, isterinya juga turut berterima kasih kepada pengikut IG kerena mendoakan kesejahteraan Khalifa sewaktu menerima rawatan di Hospital KPJ Damansara sejak dua hari lalu.
 
Bagaimanapun, pasangan ini tidak mendedahkan penyakit anaknya.
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.