Demo anti kleptokrasi adalah demo pembangkang yang paling gagal

Malam ini telah berlansungnya demo anti-kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya. Pada mulanya, demo berkenaan disasarkan selama 100,000 orang walaupun ikut lojik, padang itu hanya mampu memuatkan 10,000 orang sahaja.

Namun pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataan kepada media sebelum ini yakin demo berkenaan akan mampu menarik perhatian ramai, apatah lagi beliau beria-ia kononnya mahu memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Malangnya hasrat Mahathir itu tidak kesampaian apabila himpunan tersebut tidak mendapat sambutan. Walaupun ramai pemimpin besar Pakatan Harapan hadir namun penyokong mereka tidak teruja untuk hadir bersama-sama dengan pemimpin mereka.

Meskipun macam-macam acara disediakan termasuk persembahan muzik dan jualan makanan menerusi food truck, tapi ia tidak berjaya menggamit orang ramai. Hanya tujuh food truck yang datang walaupun sebelum ini 100 buah truck dijanjikan penganjur.

Pengurusan himpunan juga tidak bagus, tiada jualan baju-t seperti himpunan-himpunan yang diadakan oleh pembangkang sebelum ini.

Malah Mahathir Mohamad sendiri tidak mampu menjadi daya penarik untuk menarik orang ramai menyertai himpunan berkenaan. Ketika beliau berucap pada waktu petang, sekutunya Lim Kit Siang telah meninggalkan himpunan itu.

Keadaan ini sama seperti program Nothing To Hide 2.0 pada Ogos lalu di mana Kit Siang meninggalkan majlis sebaik sahaja Mahathir berucap dan kemuncak program Nothing To Hide 2.0 ialah apabila Mahathir dibaling dengan selipar.

Melihat kepada kehadiran yang hadir yang tak sampai pun 5,000 orang, maka sudah pasti ia mengecewakan Mahathir. Beliau pasti rasa terhina kerana himpunan anjurannya itu adalah paling gagal, sejak Bersih 1 hingga Bersih 5.

Bayangkan ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 semakin hampir, himpunan yang diadakan pula gagal. Dah tentu pembangkang hilang punca. Sudah bermacam-macam cara dilakukan tapi gagal. Mahathir juga gagal menarik perhatian ramai sedangkan beliau dianggap sebagai `aset’ utama oleh pembangkang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.