Budak Lima Tahun Cedera Parah Jatuh Dari Tingkat Lima

GEORGE TOWN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun parah selepas terjatuh dari tingkat lima rumahnya.

N. Keshvin dipercayai jatuh dari tingkap bilik blok satu, Flat Desa Indah, Halaman Paya Terubong 2 Relau di sni, ketika bermain seorang diri, lapor Kosmo!.

Mangsa ditemui tertiarap dengan kepalanya berlumuran darah manakala tangan kanannya dipercayai patah di kawasan letak kereta pada jam 1.30 petang semalam.

Mangsa separuh sedar ketika ditemui penduduk manakala basikal miliknya dikatakan tersangkut pada ampaian baju bawah rumahnya.

“Ibu dan bapa serta kakak mangsa tiada di rumah. Kanak-kanak itu dipercayai bermain seorang diri sebelum terjatuh dari tingkap sebuah bilik rumahnya,” kata seorang penduduk yang enggan dikenali.

Timbalan ketua polis daerah Timur Laut Supt Izwan Abd Karim mengesahkan kejadian itu.

Mangsa dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang. – AntaraPos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.