Vida Perkenal ‘Nasi Lemak Pink’

PENGASAS produk Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang mencipta nama menerusi empayar perniagaan kosmetik dan kesihatan, kini menjual nasi lemak pula.

 

Beliau yang lebih dikenali sebagai Dr Vida telah memuat naik video promosi ‘Nasi Lemak Pink’ kelmarin di laman Instagramnya.

 

“Siapa yang nak rasa nasi lemak saya, yang kebetulan lalu di simpang 3 Janda Baik, boleh singgah beli…” kata Dr Vida.

 

Dr Vida sebelum ini mencipta fenomena dengan produk kecantikan dan penjagaan diri, Qu Puteh. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.