UiTM Ubah Landskap Sosioekonomi Negara – Najib

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang telah banyak mengubah lanskap sosioekonomi negara khususnya kepada orang Melayu dan bumiputera kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

Beliau berkata, dengan komitmen UiTM yang ditubuhkan sejak tahun 1956, bemula sebagai sebuah Dewan Latehan RIDA sehingga taraf universiti pada hari ini.

 

Selain akan terus memberikan sokongan terhadap pembangunan UiTM, Perdana Menteri turut menegaskan universiti itu berjaya merealisasikan matlamat keseimbangan serta perkongsian peluang yang adil di negara ini.

 

Yang hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh; Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Dr. Hassan Said serta ahli-ahli lembaga pengarah, kakitangan, para pelajar dan alumni universiti itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.