Sultan Johor Tolak Tawaran Jadi Agong, Beri Laluan Kepada Sultan Kelantan

PETALING JAYA – Sultan Johor telah menolak tawaran untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-15 pada mesyuarat khas Majlis Raja-Raja yang berlangsung di ibu negara, Jumaat.johortigers

 

Menurut kenyataan di Facebook Johor Southern Tiger, tindakan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu dibuat bagi  memberi laluan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

 

“Ini adalah kerana DYMM Sultan Johor ingin memberi tumpuan penuh kepada kedaulatan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat Johor,” menurut kenyataan itu.

 

Mesyuarat khas yang diadakan itu bagi memilih Yang di-Pertuan Agong yang baharu kerana jawatan yang disandang Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah selama lima tahun bakal tamat 12 Disember ini.

 

Sultan Kedah menempa sejarah apabila dua kali baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.