Pelanggan Celcom Dapat iPhone 7 Harga Serendah RM7 Hari Ini

Impian peminat jenama Apple di Malaysia untuk memiliki iPhone 7 dan Plus tercapai, hari ini.

 

Tujuh pelanggan bertuah pertama Celcom dapat memiliki iPhone 7 dengan harga RM7 sahaja di Celcom blue Cube Sunway, hari ini, lapor Metro.

 

iPhone 7 yang hadir dengan kemas kini pada spesifikasi di samping dilengkapi kamera yang merakamkan gambar dengan lebih terang dan jelas membuatkan penggemar iPhone tidak mahu melepaskan peluang untuk menjadi antara pelanggan pertama yang memiliki peranti tersebut.

 

Peranti yang bakal mencetuskan fenomena baharu dalam kalangan pengguna iPhone itu akan dijual pada harga RM3199 (32gb) RM3699 (128gb) dan RM4199 (256gb) manakala untuk iPhone 7 Plus pula bermula dengan RM3799 (32 gb), RM4299 (128gb) dan RM4799 (256gb).

 

 

 

Beberapa orang pelanggan Celcom telah mula beratur sejak dua hari lalu untuk mendapatkan telefon pintar tersebut, di mana Zaheed Shah, 22, menjadi pelanggan pertama yang mendapatkan iPhone 7.

 

 

“Berdasarkan pengalaman rakan saya yang pernah beratur tahun lalu, Celcom banyak menawarkan ganjaran untuk pelanggan terawal dan tak mahu lepaskan peluang ini,” kata jurujual itu, dipetik akhbar tersebut, hari ini.

 

 

Zaheed tiba selepas subuh pada Khamis bersama rakannya, Redzuan Nizam, 27 (pelanggan kedua), diikuti pelanggan ketiga, Henry Chai yang tiba pada waktu petang hari yang sama.

 

Di laman sosial Twitter hari ini menunjukkan hashtag iPhone 7 (#iphone7) mula menjadi trending sejak beberapa hari lalu.

 

 

Rata-rata pengguna Twitter meluahkan perasaan tidak sabar untuk memiliki peranti terbaharu keluaran Apple itu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.