Muhyiddin Tiada Ruang Tawan Johor Kata Mohamed Khaled

Johor selamat dan tidak akan ada peluang kepada parti Tan Sri Muhyiddin Yassin (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) untuk menawan negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang, kata  Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

 

Beliau berkata, Muhyiddin boleh bercakap apa sahaja untuk mempengaruhi rakyat tetapi bukanlah semudah itu untuk rakyat Johor untuk beralih arah.

 

“Memang betul Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak (Datuk Dr. Shahruddin Mohd. Salleh) keluar UMNO untuk bersama Muhyiddin tetapi hanya dia seorang.

 

“Spekulasi yang mengatakan ramai lagi ADUN yang akan keluar UMNO hanyalah mainan parti Muhyiddin yang mahu mambuktikan pengaruhnya masih ada di Johor,” katanya petik sebuah portal.

 

Jelas Mohamed Khaled lagi, UMNO akam terus mendekatkan diri bersama rakyat melalui pelbagai program yang diadakan sebagaimana lazimnya.

 

“Saya tahu rakyat Johor tidak akan terjerat dengan permainan Muhyiddin dan sekutu pembangkangnya.

 

“Kita (UMNO) dah lama bersedia untuk berdepan dengan siapa sahaja yang berhasrat untuk menjatuhkan UMNO dan BN di Johor,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.