Guan Eng Ketua Menteri Berprestasi Paling Rendah Urus Ekonomi Negeri – Gerakan

 

Lim Guan Eng sebagai ketua menteri yang berprestasi paling rendah dalam pengurusan ekonomi negeri, kata Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng.

 

 

Memetik sumber, beliau berkata, ia berdasarkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Pulau Pinang yang merosot dan berada di tangga terbawah.

 

 

Katanya, perbezaan yang ketara dapat dilihat apabila dibuat perbandingan KDNK per kapita Pulau Pinang pada tahun 2007 adalah RM31,039 dan tahun 2015 RM44,847.

 

 

“Apabila kita bandingkan dua angka ini, tahun 2015 dengan 2007, kita akan mendapati bahawa kadar pertumbuhan, the increasing rate, kadar pertumbuhan bagi GDP per kapita untuk Pulau Pinang sebenarnya adalah 44.5%. Dan dibandingkan dengan semua negeri termasuk Wilayah Kuala Lumpur dan Wilayah Labuan, ia adalah paling rendah dalam negara kita,”katanya.

 

 

Menurutnya, statistik Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), menunjukkan prestasi perlaburan Pulau Pinang semakin menurun. Ia dapat dilihat daripada kedudukan Pulau Pinang dari tangga pertama pada 2010 dan 2011 jatuh ke tangga kelima pada tahun 2015. Gerakan juga mendakwa perbelanjaan mengurus negeri Pulau Pinang semakin meningkat.

 

 

“Perbelanjaan mengurus bagi tahun, pada tahun 2008 bagi kerajaan Pulau Pinang, adalah RM283.15 juta. Dan ianya telah naik mendadak pada tahun 2014 sudah sampai RM745.54 juta. Dan pada tahun 2013 adalah RM832.42 juta,”ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.