Donald Trump Didakwa Intai Bawah Skirt Wanita

Calon Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terus dihimpit dengan dakwaan gangguan seksual dengan tuduhan terbaru dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat makanan kesihatan, Lisa Boyne.

 

Menurut Boyne, pada 1999, Trump telah meminta wanita naik dan turun meja di sebuah restoran supaya beliau boleh melihat sama ada mereka memakai seluar dalam.

 

“Ia adalah kejadian yang paling menyakitkan hati di mana saya pernah menjadi sebahagian daripadanya. Saya mahu keluar sahaja dari situ,” kata Boyne kepada The Huffington Post.

 

Menurut Boyne, beliau dan rakannya, Sonja Tremont telah dijemput untuk menghadiri makan malam di Manhattan dengan Trump dan bekas agen modelling, mendiang John Casablancas.

 

Boyne, yang ketika itu berusia 25 tahun dan Morgan telah dibawa ke situ dengan Limo milik Trump dan sepanjang perjalanan Trump menceritakan mengenai wanita yang pernah ditidurinya dan turut meletakkan rating bagaimana dia tertarik dengan mereka.

 

Lebih menyedihkan kata Boyne ialah setibanya di restoran berkenaan, Trump turut membawa bersama lima atau enam model yang diletakkan di meja yang sempit dan mereka tidak boleh keluar dari tempat duduk itu, kecuali Trump atau Casablancas mengosongkan kerusi.

 

Jika mereka ingin keluar, mereka terpaksa memanjat meja dan ketika itu Trump akan menunduk kepalanya sambil mengintai sama ada model-model terbabit memakai seluar dalam.

 

Trumpa kemudiannya akan memberikan komen. Boyne ketika itu bekerja dengan IBM dan beliau berada di situ bukan disebabkan dia model dan Trump juga mengecualikannya namun Trump ada meminta pendapatnya mengenai wanita mana yang patut tidurinya.

 

Boyne berkata, dia kemudiannya memaksa Trump membenarkannya berdiri dan telah menghubungi rakan sebiliknya, Karen Beatrice yang menasihatkannya supaya berpura-pura sakit serta beredar dari situ.

 

“Saya bertemu dengan ramai orang yang terkenal, berpengaruh dan kaya tetapi tiada seorangpun yang bersikap kesat, menjijikkan, biadap dan seksis,” katanya.

 

Ditanya kenapa beliau mengambil masa untuk mendedahkan perkara berkenaan, Boyne berkata beliau terkenang semula cerita tersebut ketika membaca laporan mengenai Trump dan interaksinya dengan wanita dalam New York Times.

 

Boyne turut berharap wanita lain yang mengalami keadaan sama untuk bangkit dan menyuarakannya. Dalam pada itu jurucakap Trump menafikan laporan tersebut dan memberitahu The Huffington Post: ‘Mr Trump tidak pernah mendengar mengenai wanita ini dan tidak akan sesekali melakukan perkara itu”.

 

Sementara Morgan pula berkata, dia tidak ingat mengenai perbuatan Trump itu manakala Beatrice pula memberitahu dia tidak ingat mengenai panggilan telefon berkenaan dan menyifatkan Boyne suka mencari publisiti.

 

Boyne membuat dakwaan itu selepas enam wanita tampil mendakwa Trump telah melakukan gangguan seksual terhadap mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.