Budiman, Mastura Angkat Sumpah Sebagai Ahli Parlimen

Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen, Tengku Nasaruddin Tengku Mohamed berkata, dua wakil rakyat baharu akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, Isnin ini.

 

Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid dan Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi merupakan dua wakil rakyat yang akan mengangkat sumpah.

 

Mastura dan Budimen menang pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada Jun lalu.

 

Kedua-dua kerusi itu kosong berikutan kematian Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, pada 5 Mei lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.