Awie Bakal Ambil Tindakan Terhadap Pihak Dakwa Dirinya Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Penyanyi rock Awie menerusi blog KedaiKopi.org sekali lagi Awie dilaporkan meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan di Bandar Sri Perdana, Lahad Datu, Sabah.

 

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, sudah beberapa kali penyanyi didakwa meninggal dunia oleh pihak tidak bertanggungjawab.

 

Awie ketika dihubungi berkata, dia sihat sahaja dan kini berada ibu kota serta bakal mengadakan sidang akhbar pada malam ini, lapor Utusan.

 

“Ini bukan kali pertama saya dilaporkan meninggal dunia. Entahlah saya sendiri tak terkira dengan berita palsu begitu. Saya tak tahu apa motif mereka menyiarkan berita sebegitu.

 

“Alhamdulillah, saya masih lagi bernafas sehingga hari ini dengan izin Allah. Saya pernah buat laporan polis berikutan berita palsu tentang kematian saya sebelum ini. Kali ini selepas berbincang dengan pihak peguam, saya akan ambil tindakan seterusnya,” kata Awie.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.