Aktres Paling Popular Korea, Park Shin Hye Tiba Di Malaysia

Aktres paling popular Korea, Park Shin Hye selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 10.30 malam tadi.

 

Bintang drama fenomena, Doctors, ini tiba sambil melambaikan tangan ke arah sekumpulan peminat yang menyambut kedatangannya.

 

Shin Hye berkunjung ke sini sempena perasmian butik produk penjagaan kulit dan kosmetik, Mamonde, yang akan berlangsung di AOEN pusat membeli belah One Utama, petang ini (Jumaat).

 

Shin Hye, 26, yang pernah disenaraikan sebagai 40 Selebriti Berpengaruh di Korea oleh majalah Forbes, popular menerusi drama seperti The Tree Of Heaven, Stairway To Heaven, Flower Boys Next Door, The Heirs dan Pinocchio.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.