Video Seks: David Teo Mahu Atikah Suhaime Beri Penjelasan

Kuala Lumpur – Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), David Teo menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyebarkan khabar angin tentang artis naungannya, Atikah Suhaime yang dikatakan terlibat dalam sebuah video seks.

 

Kata penerbit terkenal itu lagi, selagi tiada bukti kukuh yang mengesahkan dakwaan berkenaan, David enggan mempercayainya dan menganggap ia hanyalah sekadar gosip semata-mata.

 

“Bukan baru tetapi cerita ini sudah kedengaran sejak beberapa bulan lalu dan saya ada juga mencuba untuk meminta salinan video itu, tetapi sampai sekarang tiada pihak yang tampil berbuat demikian.

 

“Lalu, adalah tidak adil untuk saya memberikan sebarang komen tanpa mendengar penjelasan daripada pihak Atikah terlebih dahulu,” katanya sewaktu menjawab soalan pihak media berhubung cerita panas itu ketika ditemui pada majlis tayangan filem Badi di Petaling Jaya, Selangor, semalam.

 

Sejak kebelakangan ini, khabar angin tersebar luas yang mengatakan terdapat sebuah rakaan video seks aksi terlarang dan terkutuk antara aktres muda itu bersama dua orang lagi aktor iaitu Ammar Alfian dan Idris Khan.

 

Namun, dalam laporan sebuah akhbar mingguan Ahad lalu, Atikah dan Ammar menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan.

 

Dalam masa yang sama, David melahirkan rasa kecewanya terhadap tindakan Atikah yang seolah-olah memperlekehkan kerjaya wartawan dengan memuat naik gambar beserta status yang berbaur sindiran.

 

“Saya sifatkan tindakan Atikah itu sebagai tidak matang kerana masih baharu dan kurangnya pengalaman dalam bidang seni.

 

“Dia seharusnya lebih rasional dalam berhadapan dengan sesuatu isu. Dari pihak MIG sendiri, mungkin kami belum cukup memberikan ilmu dan mendidiknya. Sudah pasti, saya tidak akan teragak-agak untuk memberikan pengajaran kepadanya kerana kami tidak pernah mengajar artis-artis kami bersikap demikian,” kata David dalam nada tegas.

 

Sementara itu, filem Badi yang bergenre seram arahan Eyra Rahman itu akan mula ditayangkan pada 15 Oktober ini dan dibintangi oleh Adiba Yunus, Azwan Kombos, Rashidah Jaafar, Sharisa Haris, Ayang Abbas dan Zakaria Zahid.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.