Video Seks Bersama Atikah, Ammar Nafi Terlibat

Dunia hiburan tanah air baru-baru ini gempar ekoran timbul dakwaan pelakon yang sedang meningkat naik, Atikah Suhaime dan pelakon Ammar Alfian, terlibat di dalam satu video lucah melibatkan mereka berdua serta seorang model terkenal, Idris Khan.

 

Terkejut dengan dakwaan tersebut, Ammar berkata khabar angin tersebut telah menjejaskan kariernya selain turut kehilangan tawaran berlakon dan watak penting.

 

“Saya terkejut apabila diberitahu mempunyai video lucah bersama dua pelakon iaitu Atikah dan Idris.

 

Benda itu tidak benar sama sekali. Saya kecewa kerana disebabkan gosip itu, saya kehilangan tawaran berlakon apabila produser tidak mahu mengambil risiko.

 

Sementara itu, Atikah turut terkejut dengan gosip tersebut selain menafikan perkara berkenaan malah tidak menyangka ada pihak sanggup memfitnah mereka melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

 

“Perkara itu tidak benar sama sekali. Saya juga tidak tahu bagaimana perkara ini boleh timbul? Kami memang berkawan baik kerana sama-sama berlakon dalam drama bersiri, Puteri Gunung Ledang. Mungkin orang tengok kami rapat dan mesra”

 

“Disebabkan itu, mereka mula menyangka yang bukan-bukan, malah mengaitkan saya dan Ammar bercinta,” kata pelakon yang berasal dari Singapura ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.