Video: Lelaki Dilanggar Ketika Cubaan Samun Pasangan Suami Isteri

Georgetown – Polis telah mengenal pasti seorang lelaki dipercayai hendak menyamun sepasang suami isteri yang sedang menaiki sebuah kereta dengan bertindak cuba memecahkan cermin kenderaan pasang berkenaan seperti dalam video yang menjadi viral di laman sosial sejak semalam.

 

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang pada Khamis itu, suspek yang menunggang motosikal sendirian telah mendekati kereta yang dipandu mangsa manakala isterinya berada di tempat duduk penumpang hadapan.

 

 

Kejadian itu berlaku di Jalan Datuk Keramat ketika mangsa berusia 46 tahun yang merupakan agen insuran dalam perjalanan pulang ke rumah mereka sebelum lelaki itu menghampiri keretanya dan bertindak mengetuk dengan kuat cermin di tempat duduk isterinya.

 

Isteri mangsa yang terkejut telah menjerit dan lelaki itu terus memandu sebelum suspek mengekori dan memukul kereta pasangan berkenaan beberapa kali sebelum mangsa memperlahankan kenderaannya serta berhenti di perhentian bas berhampiran.

 

Penunggang motosikal itu turut berhenti dan dia bertindak menanggalkan topi kaledarnya serta meluru untuk menyerang mangsa bagaimanapun agen insuran itu bertindak masuk semula ke dalam kereta dan memandu ke Balai Polis Datuk Keramat.

 

Polis tidak menolak kemungkinan mangsa cuba disamun oleh lelaki berkenaan dan kes itu disiasat menurut Seksyen 427 dan 506 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.