Video: Harga Tol Naik Hasil Legasi Tun Mahathir

Kuala Lumpur – Seorang pengguna yang dari Pulau Pinang tiba di Kuala Lumpur meluahkan rasa tidak puas hati menerusi rakaman video mengenai tindakan pemegang konsensi tol yang mengumumkan kenaikan harga tol.

 

Beliau yang berang dan tidak berpuas hati dengan kenaikan harga tol itu menyifatkan tindakan itu akan meningkatkan kos sara hidup dan menjejaskan keselesaan rakyat.

 

 

Berdasarkan klip video yang dimuatnaik di media sosial itu, lelaki tersebut turut mendakwa kenaikan harga tol ini disebabkan legasi yang ditinggalkan oleh bekas perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

 

Dia turut mempersoalkan tentang kelebihan yang dinikmati oleh masyarakat di Sabah dan Sarawak berbanding mereka yang tinggal di Semenanjung Malaysia.

 

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib tidak mengenakan tol di Sabah dan Sarawak walaupun tempatnya jauh lebih luas dan lebih 1000km setiap tempat.

 

“Kenapa disana Najib tidak kenakan tol? Kenapa di semenanjung kena tol? Dan konsensi tol ni bila nak habis? Jawab!

 

“Cuba tanya Najib kenapa dia boleh bagi di pulau borneo itu percuma? Pasal apa zaman Mahathir tak boleh bagi tol ni percuma? Mana duit masa tu? Fikir sendiri,”katanya.

 

Sebelum ini, kenaikan tol yang bermula 15 Oktober 2015 memababitkan Terowong SMART naik kepada RM3, Tol naik 30 sen dan RM1 di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), tol di Lebuhraya Maju (MEX) naik 20 sen dan RM3, Plaza Tol Gombak dan Bentong, Lebuhraya KLK naik antara 30 sen dan RM3, tol Putrajaya dan Salak Selatan naik antara 20 sen dan RM3 dan tol MEX dan Lebuhraya Kajang-Silk naik antara 40 sen dan RM2.40.

 

Kesemua pengumuman ini dibuat oleh pemegang kosensi lebuh raya terbabit secara bersendirian.

 

Pengumuman ringkas tanpa perincian ini turut mengelirukan pengguna. Misalnya, kadar tol Kuala Lumpur – Putrajaya diumumkan naik antara 20 sen sehingga RM 3.00.

 

Pada masa ini kadar tol sepenuhnya sehala dari Putrajaya ke Kuala Lumpur ialah RM RM 4.00. (RM 2.50 dan RM 1.50).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.