Ubat Demam Kanak-Kanak Ada Alkohol

Kuala Lumpur – Kementerian kesihatan hari ini mengarahkan semua produk paracetamol syrup 120mg/15ml keluaran syarikat Royce Pharma Sdn Bhd ditarik balik dari pasaran kerana didapati mengandungi alkohol.

 

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Eisah Rahman dalam satu kenyataan media berkata produk tersebut mengandungi alkohol tetapi tidak dinyatakan pada label dan sisip bungkusan.

 

“Syarikat didapati tidak mematuhi spesifikasi tawaran kerana gagal mematuhi pelabelan produk dan telah melanggar syarat pendaftaran.

 

“Pihak kementerian telah mengarahkan agar syarikat memanggil balik semula produk yang tidak mematuhi syarat label daripada pasaran dan fasiliti yang terlibat,” katanya.

 

Beliau berkata demikian, selepas berita mengenai produk terbabit menjadi viral di media sosial.

 

Beliau turut memberi amaran kepada ibu-bapa untuk tidak memberikannya kepada anak-anak mereka.

 

Walau bagaimanapun, beliau berkata produk berkenaan telah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan didapati mematuhi kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

 

“Orang awam tidak perlu bimbang kerana walaupun ia mengandungi alkohol dalam had yang dibenarkan, tiada isu keselamatan yang dilaporkan.

 

“Pengguna adalah dinasihatkan supaya sentiasa menyemak maklumat sisip dan label bungkusan produk dan memilih produk yang sesuai yang diperlukan,” katanya.

 

Pengguna boleh menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM menerusi talian 1 800 886 722 atau emel npcc@moh.gov.my untuk keterangan mengenai ubat-ubatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.