Tun Abdul Hamid Dinobat Tokoh Maal Hijrah 1437H

Kuala Lumpur  – Sumbangan besar terhadap negara dalam memartabatkan syiar Islam di peringkat nasional serta global sehingga mendapat pengiktirafan pelbagai pihak melayakkan Tun Abdul Hamid Mohamad dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1437H/2015M.

 

Bekas Ketua Hakim Negara itu menerima hadiah wang tunai RM100,000, plak, pingat dan sijil penghargaan pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1437H/2015M di Masjid Negara, di sini, pagi ini.

 

Hadiah disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

 

Antara yang turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha.

One thought on “Tun Abdul Hamid Dinobat Tokoh Maal Hijrah 1437H

  • October 14, 2015 at 7:14 pm
    Permalink

    Tahniah Tun Abdul Hamid Mohamad kerana dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 2015

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.