Tapak Selipar Ada Kalimah Allah, Ini Tindakan Celaka Kata Rani Kulup

Kuala Lumpur – Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah mengutuk tindakan memasarkan selipar mengandungi tulisan kalimah Allah secara berleluasa.

 

Menurutnya, kalimah Allah itu dicetak pada tapak selipar, sekaligus mengakibatkan orang ramai memakai dan memijaknya, tanpa menyedari kalimah suci itu berada di tapak selipar.

 

“Ini tindakan celaka yang dibuat orang tidak bertanggungjawab.

 

“Kepada pengguna, tolong tengok tapak selipar ini dahulu, sebelum sewenang-wenangnya membeli dan memakainya,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini.

 

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa berkaitan menyiasat pengeluaran selipar terbabit yang dilihat adalah satu bentuk penghinaan terhadap kalimah suci Allah.

 

“Saya minta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap dalang perniagaan ini,” katanya.

 

Terdahulu, gambar selipar yang tertera kalimah Allah pada tapaknya, mula tersebar di beberapa laman sosial sehingga mencetuskan kemarahan warga maya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.