Tanah Runtuh Di Pakistan, Ragut 13 Nyawa

KARACHI – PAKISTAN. Seramai 13 orang termasuk tujuh kanak-kanak terbunuh selepas kediaman mereka dihempap tanah runtuh ketika sedang tidur, awal pagi kelmarin.

 

 

Memetik laporan APF, pihak berkuasanya, Javed Jaskani berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 2 pagi apabila tanah dan batu yang runtuh menghempap tiga pondok di kawasan setinggan Gulstan-e-Jauhar.

 

 

“Selepas hampir lima jam usaha menyelamat dijalankan, 13 mayat berjaya ditemui dari timbunan tanah runtuh,” katanya.

 

 
Menerusi laporan Times of India, usaha menyelamatjuga giat dijalankan kerana dikhuatiri masih ada beberapa orang lagi yang terperangkap di bawah runtuhan.

 

 
Sementara itu, Pesuruhjaya bandar Karachi, Shoaib Siddiqui berkata, semua mangsa yang meninggal dunia adalah dari keluarga yang sama, dan mereka dipercayai baru berpindah ke kawasan tersebut tiga hari lalu.

 

 
Siasatan bersama antara polis dan pentadbiran bandar juga akan dilakukan untuk menyiasat punca tragedi berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.