Patah Leher Ketika ‘Zip Line’

CHIANG MAI – BANGKOK. Seorang wanita maut selepas patah di bahagian leher ketika melakukan riadah ‘zip-line’ di sebuah kawasan rekreasi, Ahad lalu.

 

 

Menerusi laporan Bangkok Post, Wang Qi, 32 pada mulanya disangka akibat serangan jantung semasa melakukan aktiviti tersebut sehingga menyebabkannya gagal bernafas.

 

 

Bagaimanapun, selepas menjalani pembedahan autopsi di hospital Nakornping wanita tersebut disahkan patah leher dan tulang bahu.

 

 

Menurut saksi, Qi sepatutnya disambut oleh dua orang pekerja ketika melakukan aktiviti itu, namun pekerja berkenaan gagal menyambut Qi dan wanita berkenaan jatuh ke tanah.

 

 

Bagaimanapun, menurut sumber, rakan mangsa mendesak supaya polis melakukan siasatan dan mendapatkan bukti yang sahih berkaitan insiden tersebut.

 

 

Terdahulu, kawasan rekreasi tersebut mempunyai 32 stesen atas pokok dan pengunjung boleh memanjat tali, berbasikal dan meluncur zip-line dari pokok ke pokok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.