Padah Lawan Arus

SEREMBAN – Akibat menunggang motosikal secara melawan arus seorang lelaki maut selepas bertembung dengan sebuah kereta jenis Suzuki Swift di Jalan Sungai Ujong, hadapan Terminal One di sini, malam tadi.

 

 

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa Liew Pin Leong meninggal dunia di tempat kejadian.

 

 

Jurucakap polis berkata,  mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 secara berseorangan dari lampu isyarat Court Mammoth terus menuju ke arah Terminal One secara melawan arus.

 

 

“Ketika itu terdapat sebuah kereta Suzuki Swift dinaiki oleh empat remaja lelaki dari arah Taman Ast menuju ke Seremban terus bertembung dengan mangsa.

 

 

“Akibatnya motosikal mangsa terperosok bawah kereta berkenaan menyebabkannya meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Polis menyiasat kes mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.