Kualiti Udara Di Seluruh Negara Baik Setakat 9 Pagi

KUALA LUMPUR – Kualiti udara di seluruh negara berada dalam keadaan baik dan tiada kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 9 pagi ini.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), 17 kawasan mencatatkan IPU baik (antara 0 hingga 50) dan 35 kawasan di paras sederhana (antara 51 hingga 100).

Bacaan IPU di Bandaraya Melaka (96) dan Bukit Rambai (98) kini berada di paras sederhana berbanding semalam apabila IPU di kawasan tersebut mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu 122 dan 106 setakat pukul 6 petang semalam.

Sebanyak 33 kawasan lain berada di paras sederhana dengan bacaan IPU (51 hingga 100) ialah Kota Tinggi, Larkin Lama, Muar, Pasir Gudang, Bakar Arang di Sungai Petani, SMK Tanjung Chat di Kota Bharu, Nilai, Port Dickson, Seremban, Balok Baru dan Indera Mahkota di Kuantan.

Kawasan lain yang turut sederhana ialah Jalan Tasek dan S K Jalan Pegoh di Ipoh, Kg Air Putih di Taiping, Seri Manjung, Tanjung Malim; Perai, Seberang Jaya 2 dan USM di Pulau Pinang; Bintulu, Kuching, Sri Aman, Banting, Kuala Selangor, Pelabuhan Kelang, Petaling Jaya, Shah Alam, Kemaman, Kuala Terengganu, Paka, Batu Muda dan Cheras di Kuala Lumpur serta Putrajaya.

Manakala, 17 kawasan mencatatkan IPU baik (antara 0 hingga 50) iaitu Alor Setar dan Langkawi di Kedah, Tanah Merah di Kelantan, Jerantut di Pahang, Kangar di Perlis, Keningau, Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau di Sabah, ILP Miri, Kapit, Limbang, Miri, Samarahan, Sarikei dan Sibu di Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan.

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.- BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.