Jepun : Objek Misteri Tsunami

TOKYO – Objek misteri yang menyerupai ikan paus dan terdampar di sebuah pantai di timur Jepun sejurus bencana tsunami yang melanda negara itu pada 2011.

 

 

Perkara itu mula tersebar meluas di internet dan membuatkan netizen tertanya-tanya apa sebenarnya objek besar berwarna putih yang menyerupai seekor ikan paus yang terdampar bersama sisa sampah di persisiran pantai tersebut.

 

 

Mail Online melaporkan, meskipun makhluk itu menyerupai bentuk seekor ikan paus kecil menerusi pemeriksaan pada jarak dekat, namun objek berkenaan lebih menyamai sebongkah batu besar jika dilihat dari jauh.

 

 

Bagaimanapun, penemuan objek ganjil di pantai Jepun selepas bencana yang meragut lebih 18,000 nyawa itu bukanlah yang pertama kali dilaporkan berlaku kerana objek yang sama juga pernah terdampar di sepanjang pantai Amerika.

 

 

Sebelum ini, hampir lima tan serpihan merangkumi sisa rumah, bot, dan pelbagai objek lain terdampar di pantai timur Jepun susulan tsunami yang melanda empat tahun lalu.

 

 

Sebanyak 70 peratus daripada serpihan itu tenggelam, manakala 1.5 juta tan sisa berkenaan terapung dan pada 2013, sampah hanyut seluas negeri Texas tersebut bergerak menuju California selepas dibawa arus Lautan Pasifik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.