Foto ‘Hantu’ Kemalangan Jadi Viral

Kuala Lumpur – Sekeping gambar menunjukkan satu kemalangan maut tersebar dan menjadi viral di media sosial baru-baru menarik perhatian ramai pengguna kerana imej yang menakutkan.

 

Gambar yang dimuat naik ke Facebook Pencari Entiti Crew pada Jumaat lalu, memaparkan gambar satu kemalangan di mana pihak polis dan pasukan keselamatan kelihatan sedang bertugas di tempat kejadian.

 

Yang anehnya, seorang ‘gadis’ kelihatan muncul di tempat duduk pemandu dalam salah satu kereta yang terlibat dalam kemalangan maut tersebut yang seolah-olah sedang ‘memperhatikan’ sesuatu.

 

Difahamkan, gambar tersebut diambil oleh seorang saksi di tempat kejadian.

 

Gambar yang tersebar di media sosial telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pelayar di mana ada yang takut malah, ada juga mempersoalkan keaslian gambar tersebut.

 

Namun begitu, tempat kejadian tidak dapat dikenalpasti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.