Biskut Titanic, Berharga RM65,000

WILTSHIRE – BRITAIN. Sekeping biskut yang didakwa disimpan di kit kecemasan bot simpanan kapal Titanic bakal dilelong pada harga £10,000 (RM64,241.08).

 

 

Menurut laporan ITV News Reports, seorang penumpang bot SS Carpathia menyimpan biskut itu ketika membantu operasi menyelamat kapal Titanic yang karam dalam tragedi 1912 itu.

 

 

Penumpang tersebut, James Fenwick yang menyimpan biskut berkenaan dalam sebuah kotak filem Kodak dengan nota bertulis ‘Biskut dari bot simpanan Titanic, 1912’. Manakala, di atas biskut tersebut tertulis ‘Sallers & Bakers’ dan ‘Pilot’.

 

 

Biskut yang dianggap sebagai artifak itu bakal dilelongkan Henry Aldridge & Son di Devices 24 Oktober ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.