280 Terbunuh Tanah Runtuh Guatemala, Usaha Menyelamat Dihentikan

Guatemala City – Pasukan penyelamat Guatemala pada Selasa menghentikan operasi pencarian mangsa tanah runtuh awal bulan ini, dengan angka kematian disahkan sebanyak 280 orang dan 70 hilang, lebih rendah berbanding unjuran sebelum ini.

 

Pasukan penyelamat sudah mengeluarkan timbunan tanah, batu dan pokok yang menimbus penduduk di kaki bukit pinggir bandar Santa Catarina Pinula, tidak jauh dari bandar raya ini.

 

Dalam tempoh 12 hari usaha menyelamat, pasukan penyelamat sudah bertungkus lumus mencari mangsa di bawah timbunan berkenaan.

 

Beberapa hari selepas kejadian itu pada malam 1 Oktober, pihak berkuasa mengeluarkan beberapa angka anggaran korban tragedi itu.

 

Hingga Jumaat lalu, pihak berkuasa mengumumkan angka kematian sebanyak 253 orang dan 374 masih hilang.

 

Bagaimanapun, pihak berkuasa berkata mereka mengeluarkan angka baharu menggunakan data daripada pihak berkuasa tempatan, syarikat elektrik dan air, jiran-jiran dan sumber lain. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.