Waris Dihina Orang Kampung

Kuala Lumpur – Penyanyi rap yang popular dengan lagu dalam loghat Negeri Sembilan berjudul ‘Rembau Most Wanted, Waris, tidak menyangka dia yang dulu sekadar sering menyanyi di majlis-majlis perkahwinan, kini berjaya menghasilkan album sendiri.

Bertemu dengan pemilik sebenar, Muzammil Alias ini sewaktu di majlis perlancaran albumnya ‘W.A.R.I.S Rembau Most Wanted’, jejaka berusia 25 tahun ini berkata Tidak bercita-cita menjadi penyanyi tetapi dia lebih memilih mahu bergelar rapper.

Sementelah minat dan bakatnya diasah menerusi kerap diundang menyany di majlis-majlis perkahwinan di kampungnya di Rembau, Negeri Sembilan.

Kemudian bermula dengan langkahnya mencuri tumpuan menerusi laman YouTube, sejak itu menerusi single demi single seperti ‘Rembau Most Wanted, Botingkek, Gadis Jolobu (feat. Datuk Hattan) dan Cintaku 100% (feat. Mas Idayu dan Juzzthin dan terbaru ‘Sampai Bila’ (feat Mark Adam), Waris kini semakin dikenali ramai.

“Daripada dulu lagi saya memang suka rap. Cita-cita saya bukan nak jadi penyanyi tapi nak jadi rapper. Dulu sebelum jadi artis rakaman, saya kerap menyanyi di majlis-majlis kahwin di kampung saya. Sehinggalah saya diberi peluang tawaran sebagai artis rakaman”, katanya yang kini bernaung di bawah Mixology Music, iaitu syarikat rakaman milik DJ Fuzz”, katanya kepada Malaysian Digest.com ketika ditemui di Laundry Bar, The Curve, semalam.

Kesayangan Orang Rembau

Tambah penuntut jurusan Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi (Uniten) ini lagi, di awal pembabitannya dalam dunia nyanyian, dia berdepan dengan kritikan dan penghinaan dari pelbagai pihak. Namun persepsi itu lama-kelamaan hilang dengan sendirinya. Kata Waris, dia bersyukur kerana kini menjadi kebanggaan di kalangan orang-orang di kampungnya.

“Saya kan berasal dari kampung. Saya orang kampung… Jadi masa mula-mula saya muncul dalam industri dulu saya selalu dihina oleh orang sekeliling. Ada yang tak boleh terima lagu-lagu saya sampaikan ada yang datang depan saya dan kutuk-kutuk saya. Tapi saya tak kisah dan tak patah semangat.

“Syukur, sekarang ni ramai yang semakin boleh menerima kehadiran saya dalam industri. Orang-orang kampung saya pun ramai yang dah kenal saya. Saya kiranya kebanggaan mereka lah. Setiap kali kalau balik kampung mereka suka bertanyakan pada saya bila saya nak keluarkan album. Akhirnya saya dapat juga hasilkan album pertama saya”ujarnya.

Menyentuh mengenai debutnya itu, Waris berkata album tersebut mengambil masa selama setahun untuk disiapkan. Memuatkan 19 lagu yang mana kesemua lagu dalam album ini termasuk single-single hitsnya adalah hasil ciptaannya sendiri. Album edaran Rusa Music ini sudah berada di pasaran sejak Oktober 2014.

Sementara itu, mengenai isu panas yang mengaitkan diri sebelum ini yang mendakwa dia sudah semakin besar kepala dan sombon, Waris berkata,

“Saya tak kisah apa orang nak kata tentang saya. Kalau nak kata saya sombong, saya ni sebenarnya seorang yang mudah mesra dengan orang. Kadang-kadang, kalau saya ni bila dah terlebih mesra sampai orang boleh cakap saya ni macam kerang busuk pula”, katanya sambil tertawa.

One thought on “Waris Dihina Orang Kampung

  • October 15, 2014 at 12:22 am
    Permalink

    adat orang berjaya selalunya camtu la..dihina dulu sebelum disanjung 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.