Wanita Maut Terjatuh Dari Hospital Sultanah Bahiyah

Alor Setar – Seorang wanita ditemui mati dipercayai terjatuh dari salah satu bangunan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.

Kejadian disedari kira-kira pukul 7.30 pagi ini oleh seorang tukang cuci apabila ternampak mayat mangsa yang dikenali sebagai Teoh Ah Fong, 48 terbaring dan berlumuran darah.

Menurut sumber SuaraTV wanita berketurunan Cina itu mempunyai masalah mental dan dikatakan terjun dari tingkat 7 bangunan tersebut.

Pihak polis yang dihubungi sebentar tadi berkata mayat mangsa kini berada di hospital untuk di bedah siasat.

 

BERITA LAIN MENYUSUL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.