Video: Perempuan Simpanan Dibogel Dan Dibelasah Di Khalayak Ramai

Seorang wanita yang dipercayai perempuan simpanan diserang hendap oleh empat wanita yang sedang ‘naik hantu’ ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya dekat Puyang, di sini baru-baru ini, lapor DailyMail.


Perempuan Simpanan Dipukul Dan Dibogelkan by editorsuara-tv

 

Mangsa yang dikenali sebagai Lin Yao Li, 38, dikatakan dipukul dan ditendang di bahagian paha serta dada oleh isteri kepada kekasih mangsa di tempat awam dengan kejam ekoran berang dengan kelakuan mangsa yang telah tidur bersama suami wanita tersebut.

Lebih malang, bukan sahaja dibelasah dengan teruk, isteri kepada kekasih mangsa bersama tiga rakannya turut bertindak membogelkan mangsa tanpa rasa simpati di kaki lima sebuah pusat membeli belah di sini.

Tidak hanya ditendang bertubi-tubi, aksi ala-ala kung fu itu turut menyaksikan mangsa ditarik rambut di sepanjang laluan pejalan kaki di bandar Puyang dalam keadaan berbogel.

Daily Mail melaporkan, ketika kejadian orang awam hanya mampu melihat kejadian tersebut tanpa bertindak untuk menolong mangsa dengan beranggapan ia melibatkan “urusan hati” antara golongan wanita serta setimpal dengan perbuatan mangsa yang merampas suami wanita lain, meskipun mangsa sedang meraung kesakitan.

Memetik kenyataan seorang lelaki tempatan, Jun Feng, 30, yang berada di tempat kejadian kepada sebuah televisyen tempatan sebagai berkata, insiden sebegitu disifatkan sebagai ‘perkara biasa’.

“Isteri marah dan teman wanita membalas dendam kepada lelaki yang menipu mereka dengan menyerang wanita lain.

“Orang ramai tidak cenderung untuk melibatkan diri kerana mereka melihat ia sebagai “luahan” hati,” katanya yang membantu mangsa selepas melihat mangsa dalam keadaan terbaring gara-gara dipukul dengan teruk.

Mangsa telah dibawa ke sebuah hospital berdekatan untuk mendapat rawatan lanjut selepas merayu kepada orang ramai agar  menghubungi ambulans.

Dilaporkan, kejadian serangan hendap tersebut merupakan kejadian kedua di China selepas kejadian seorang wanita sebelum ini yang juga teruk dibelasah dan dibogelkan di tepi jalan.

3 thoughts on “Video: Perempuan Simpanan Dibogel Dan Dibelasah Di Khalayak Ramai

  • October 16, 2014 at 6:32 am
    Permalink

    Apalah bodoh siisteri pergi serang wanita tu, patutnya balun lah suami dia…inilah kwgilaan yg ada di negara komunis..

    Reply
  • October 18, 2014 at 7:18 pm
    Permalink

    Akhirnya laki dia jugak yang paling bahagia lepas dua2 perempuan ni bergaduh

    Reply
  • October 19, 2014 at 11:13 am
    Permalink

    isteri bodoh pegi belasah pompuan tu buat apa… belasah laki dia la yg gatal nak mampus tu pegi tido dgn pompuan tu dulu.. sapa untung LELAKI…la dah balun pompuan simpanan tu syok x dee kena apa pun…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.