Terengganu Perkenal Biasiswa Untuk Atlet Lanjut Pelajaran

Kuala Terengganu – Kerajaan negeri Terengganu akan memperkenalkan skim biasiswa untuk atlet melanjutkan pelajaran dalam bidang sukan di institusi pengajian tinggi, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata skim itu yang dilaksanakan Yayasan Terengganu tahun depan, akan dimulakan dengan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

“Saya akan minta pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Tenaga Manusia dan pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Tugas-tugas Khas berbincang mengenai perkara itu,” katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya kerajaan negeri mahu atlet bukan sahaja hebat dalam bidang sukan malah turut berjaya dalam pelajaran.

Ahmad Razif menjelaskan selepas menamatkan pengajian di universiti, atlet berkenaan kelak akan ditempatkan di jabatan-jabatan sukan di negeri ini.

“Ia adalah antara tranformasi yang dilaksanakan kerajaan negeri sekarang,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.