Sertai Militan IS, Syamimi Dibuang KUIS

Kuala Lumpur – Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) memberhentikan pengajian Syamimi Faiqah Sulaiman, rakyat Malaysia yang dilaporkan menyertai kegiatan militan Negara Islam (IS) di Syria.

KUIS dalam satu kenyataan mengesahkan Syamimi Faiqah mendaftar untuk menyertai Program Diploma Pengajian Islam (Al-Quran & Sunnah) Sesi II 2012/13, melalui surat tawaran bertarikh 27 November 2012.

Bagaimanapun, gadis itu kemudiannya diberhentikan, kerana gagal mencapai gred minimum dalam peperiksaan akhir Sesi II 2012/13.

“Pelajar itu secara rasmi diberhentikan dari KUIS melalui surat Bahagian Pengurusan Akademik KUIS pada 10 Jun 2013, kerana mencapai CGPA kurang daripada 2.00, selaras Peraturan Akademik KUIS (Pindaan 2011) Seksyen 10 paragraf 10.2. 5.

“KUIS memandang serius penglibatan mahasiswa dalam aktiviti yang tidak diiktiraf ajaran Islam dan Kerajaan Malaysia,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurutnya, jika penuntut KUIS didapati terbabit dengan perkara seumpamanya, ia akan memberhentikan penuntut itu serta-merta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.