Raja Azmi Sudah Tawar Hati, Akui Rumahtangga Punyai Masalah

Kuala Lumpur – Bulan lalu, pengakuan oleh pengarah juga penerbit filem popular ini mendapat perhatian peminat apabila beliau mengakui sudah tidak tinggal sebumbung dengan suaminya selain berkata yang rumahtangga mereka memang mempunyai masalah.

Hari ini pasangan Raja Azmi dan Mohd Eddie Ghazali sepatunya menyambut ulangtahun pertama perkahwinan mereka namun menerusi satu temubual bersama Utusan Malaysia, nampaknya ianya seperti tidak akan berlaku dek masalah yang melanda.

“Tulus dari hati saya memang saya sudah tawar hati dengan perkahwinan ini. Mungkin ini nampak tidak sepatutnya berlaku, tetapi saya perlu menerangkan hal sebenar. Dalam hal sebegini tidak akan ada orang lain yang mampu membuat keputusan untuk diri saya, jadi saya yakin dengan apa yang sama mahu,” ujar Raja Azmi.

Mengakui ada tempoh dalam perkahwinan mereka yang membuatkan Raja Azmi bahagia, beliau turut berkata memang ada usaha yang dilakukan untuk selesaikan masalah dan menolak dakwaan orang ramai yang tempoh perkenalan singkat mereka menjadi punca.

“Tidak, saya tidak percaya jodoh itu terletak pada berapa lama kita kenal. Sebelum ini saya pernah berkahwin, untuk pengetahuan semua kami hanya saling mengenali lima bulan dan hampir 28 tahun kami bersama sebelum berpisah, jadi itu bukan menjadi punca dalam hal ini”

Sedar menjadi perhatian dan juga cemuhan ramai apabila sekali lagi dilanda masalah rumahtangga Raja Azmi bersikap positif yang beliau hanya berkongsi dengan harapan ianya dijadikan teladan.

“Saya tahu, sebagai manusia saya tidak sempurna dan sebab itu jangan ikut perbuatan saya yang jelek di mata mereka.” tambahnya lagi.  –  UM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.