Pesawat American Airlines Patah Balik, Buat Pendaratan Cemas

San Francisco – Sebuah pesawat American Airlines membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco hari ini selepas mengalami masalah tekanan dalam kabin, kata pihak berkuasa penerbangan.

Jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), Ian Gregor, berkata pesawat Boeing 757 itu berlepas dari San Francisco ke Dallas/Lapangan Terbang Fort Worth terpaksa berpatah balik ke sini dan mendarat tanpa sebarang insiden tidak diingini pada kira-kira jam 2.15 petang waktu tempatan.

Gregor berkata, FAA akan bekerjasama dengan syarikat penerbangan berkenaan bagi menentukan masalah sebenar dan menyelesaikannya sebelum ia terbang semula.

Sementara itu, tiada kecederaan dilaporkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.