Perhimpunan Agung Umno Dari 25 Hingga 29 Nov – Najib

Kuala Lumpur – Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perhimpunan agung parti itu akan berlangsung dari 25 hingga 29 Nov ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Perdana Menteri berkata Amanat Presiden parti akan disampaikan pada petang 25 Nov.

Beliau berkata persidangan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri akan dirasmikan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pada malam 25 Nov manakala persidangan bagi ketiga-tiga pergerakan berlangsung pada 26 Nov diikuti mesyuarat khas Majlis Tertinggi pada malamnya.

“Perhimpunan Agung akan bermula pada 27 hingga 29 Nov manakala jamuan malam presiden diadakan pada 27 Nov,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini pada Selasa.

Najib berkata bersempena perhimpunan agung itu, Forum Antarabangsa 2014 bertema Hyper Connected World Challenges in Nation Building bakal diadakan pada 24 dan 25 Nov.

Beliau berkata sehingga kini, semua bahagian mengadakan mesyuarat masing-masing kecuali satu, yang memohon penangguhan sehingga 19 Okt ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.