Najib Ucap Takziah Kepada Zambry Dan Keluarga

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir atas kematian bapanya, Abdul Kadir Muhammad.

“Takziah buat @ZambryAbdKadir dan keluarga atas pemergian ayahanda tercinta. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan yang beriman. Al-Fatihah,” kata Najib dalam catatan di laman Twitter beliau.

Allahyarham berusia 73 tahun, yang lebih dikenali sebagai Pak Karim, meninggal dunia pada 1.10 pagi tadi di Hospital Desa Pangkor, Pulau Pangkor akibat serangan jantung.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar, jenazah akan disemadikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Masjid Teluk Raja Bayang, Pulau Pangkor.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Pak Karim meninggalkan tujuh anak termasuk Zambry.

Menurut kenyataan itu lagi, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Ketua Kampung Teluk Raja Bayang selama 23 tahun sebelum bersara pada tahun lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.