JAKIM Sahkan Status Halal Kopi Starbucks

Kuala Lumpur – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan kenyataan keraguan status halal bagi rangkaian produk Kopi Starbucks yang tersebar di laman sosial baru-baru ini sebagai halal.

Bahagian Hab Halal JAKIM menerusi kenyataannya di laman Facebook mereka pada 01 Okt lalu berkata, produk keluaran rangkaian kafe ternama itu merupakan pemegang sijil halal yang sah di Malaysia.

Menurut kenyataan yang sama, pengguna boleh membuat semakan status halal premis berkenaan di www.halal.gov.my untuk pengesahan lanjut.

Selain itu, Bahagian Hab Halal turut menasihati pengguna agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar disamping pengguna boleh membuat semakan status halal  melalui direktori halal Malaysia di www.halal.gov.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.