Ini Keputusan Presiden, Baik Dan Tiada Peraturan Menghalang – Anwar Ibrahim

Kuala Lumpur – Pelantikan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli sebagai setiausaha agung tidak bercanggah dengan perlembagaan parti yang membenarkan mana-mana anggota memegang dua jawatan, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini adalah keputusan presiden yang melantik Rafizi sebagai setiausaha agung. Ia satu keputusan baik dan tiada peraturan menghalang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen.

Semalam PKR mengumumkan pelantikan Rafizi sebagai setiausaha agung parti bagi menggantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang dilantik sebagai Pengarah Bersama Pilihan Raya bersama Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Pengarah Bersama Pilihan Raya PKR sebelum ini disandang Timbalan Presiden Mohamad Azmin Ali yang kini Menteri Besar Selangor.

Dalam pada itu, mengulas keputusan PAS menggantung keanggotaan dua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor, Anwar berkata itu bukan satu masalah kerana mereka masih anggota PAS.

Dua Adun daripada PAS – Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin -, digantung selama setahun berkuat kuasa semalam kerana mengkhinati keputusan Majlis Ulama PAS yang menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagi menteri besar Selangor.

Kedua-dua wakil rakyat PAS itu pula menyatakan pendirian menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor sebelum pelantikan Azmin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.