Elaine Daly Kahwin Doktor Disember Ini, Resepsi Di Afrika Selatan

Kuala Lumpur – Sebelum inin, pengacara dan pelakon Elaine Daly dilaporkan sedang menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka warganegara Afrika Selatan. Jejaka yang dikenali sebagai Nick Boden, 38, itu merupakan seorang doktor yang sudah menetap di Kuala Lumpur selama 10 tahun.

Terbaru, memetik kenyataan di akhbar Kosmo! hari ini, Elaine dikhabarkan bakal mengahwini kekasihnya itu pada 4 Disember Depan.

Bekas Miss Malaysia Universe 2003 ini juga memaklukan, selain akan mengadakan majlis resepsi di tanah air, dia dan bakal suami juga merancang mengadakan resepsi di negara kelahiran Nick pada 17 Januari tahun depan.

“Ya, semuanya telah dirancang. Kami akan mengadakan sebuah majlis kecil di sebuah restoran pada 4 Disember depan. Kemudian, sebuah majlis di Afrika Selatan turut dirancang bagi meraikan perkahwinan kami bersama ibu bapanya di sana.

Ia akan diadakan 17 Januari tahun depan. Ia sungguh istimewa kerana majlis itu akan diadakan pada hari kelahiran saya yang ke-38”, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.