Dua Model EV Malaysia Dilancarkan 2017

Cyberjaya – Dua model kereta elektrik (EV) pertama Malaysia keluaran dua syarikat automotif tempatan dijangka dilancarkan pada 2017, sekali gus menambah pilihan kenderaan cekap tenaga dan mesra alam kepada pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari, berkata pengenalan EV berkenaan bakal meningkatkan daya saing syarikat automotif tempatan selain membuka ruang kepada syarikat asing memperkenalkan lebih banyak model berkenaan di pasaran domestik.

Madani mengumumkan demikian selepas sidang media mengenai pameran Automechanika Kuala Lumpur 2015 Mechanics Challenge, di sini, hari ini.

Antara pengeluar kenderaan asing yang sudah melancarkan EV di Malaysia termasuk Nissan yang memperkenalkan model LEAF pada awal tahun ini dengan tanda harga dari RM168,000 seunit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.