DBKL Sita Premis Hiburan Berkaitan Kongsi Gelap

Kuala Lumpur – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyita premis hiburan yang didapati mempunyai kaitan dengan aktiviti kumpulan kongsi gelap bagi mengelak berulangnya insiden pengeboman di Bukit Bintang tiga hari lalu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib bagaimanapun berkata tindakan itu bergantung kepada hasil perbincangan bersama dengan pihak polis.

Ahmad Phesal berkata DBKL telah menempatkan beberapa anggotanya untuk meninjau dan memantau lokasi kejadian dan sekitarnya serta berharap orang ramai tidak terlalu bimbang dengan kejadian itu.

“DBKL menerima luahan kebimbangan dari pihak hotel dan orang ramai terhadap insiden itu dan kita akan mengambil langkah untuk menambah anggota serta memantau keadaan dengan lebih kerap,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.