Beberapa R&R PLUS Tutup Bermula 15 Oktober

Kuala Lumpur – Beberapa kawasan rehat dan rawat (R&R) di Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup sementara bagi kerja-kerja penyelengaraan.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan hari ini berkata penutupan pertama ialah pada 15 Okt (Rabu) dari 6 pagi hingga 6 petang di Restoran Jejentas Sungai Buloh (Arah Selatan dan Utara/458.40 km) dan R&R Seremban (Arah Selatan/ 274.40 km) dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

“Penutupan kedua ialah pada 16 Okt di R&R Seremban (Arah Utara/ 272.2 km),” kata PLUS.

Semua gerai dan kemudahan awam di kawasan terbabit juga ditutup kecuali stesen minyak.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pengguna lebuh raya boleh menghubungi PLUSline di talian 1800-88-0000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.